Jumaat, 15 Mac 2013

Salam perkenalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera
Salam Satu Malaysia
Vannakam...
Syalooomm???!!!!

Inilah kali pertama hamba menulis di blog, masih baru dan masih panas kerusi yang hamba duduki. Tujuan blog ini dibuka untuk berkongsi pendapat, pengalaman hidup dan cerita ceriti hikayat sahabat2 semua.....Kerana bapa hamba pernah berkata:-

"Pengalaman lebih berharga dari segulung ijazah"

Bukan ada ijazah itu tidak bagus, tetapi pengalaman hidup yang memandu dan menaikkan nilai darjah seseorang manusia. Sijil, Ijazah, Diploma dan lain-lain hanyalah sekeping kertas yang membantu kita mencapai impian, tetapi pengalaman, hikmah dan adab sopan sebagai pemandu kehidupan kita.....

Sekian, salam perkenalan dari hamba,


SANG PECACAL/ PREBET LAPOK RELA

Khamis, 14 Mac 2013

Kenapa Saga Orion aku meragam

Kali ini aku nak cerita pasal Saga Orion aku...... enjinnya bukan 1.5 atau 1.3 tapi 1.8liter dengan 8 valves dan guna NGV......dekat 2 bulan kereta aku x leh guna NGV sebab tuning2 dia lari balik.....kalau petrol dia okehlah jugek kan....

Kereta aku macam nilah, tapi lagi lawa dengan cat silver tanpa side skirt
VR4.....ada hati nak pasang sunroof....lallalalalalal
Satu hari, buah hatiku yang pertama bawak kereta aku lalu lopak air dan keaadaan kereta semakin menggigil.....aku biarkan kereta tu semalaman dan esok pagi aku check dekat ignition coilnya sudah keluar api dah macam spark plug....antara main terminal dengan secondary terminal....

Dah, kali ni inilah puncanya kenapa kereta aku macam itu. Kompom melayang RM 70 untuk tukar coil tu sebab aku guna coil Hitachi ori ginal....Coil tu dah crack dah....buat sementara mungkin aku tampal pakai selotape wayar dan gam silikon....tapi mungkin sebulan je tahan....hehehehhehehe.....

Hampeh boto...gaji jo kono tuka minyak hitam, tuka coil dan bikin tingkap lambat nak naik...gitulah oghang pakai keto lamo jang oiiiiiii........Coil dah RM 70 (ese nak try coil RM 45 pulak), minyak hitam NGV petronal jo dah RM 70......

NGV tu jimatlah minyak, tapi dalam poket kena sedia duit nak membaiki kereta tu.......

Pagi ini di makmal komputer.....

Sudah 2 hari aku berulang alik dari kampus ke Kampus Taman U, ada kelas Pembinaan Laman Web yang dikendalikan oleh 2 orang kakitangan PTM iaitu Encik Rusmaini dan Encik Lokman (Mr. Lock).....

Apa2 pun, sebelum ke sana, aku musti datang ke Pejabat; jumpa dengan anak baba dan juga buah hati aku yang kedua.....

Tapi pagi ni, aku x jumpa dia, mungkin dia dan kak Sally sedang menukar puluhan tudung2 wakaf yang ada di atas......tak tahulah baju apa yang dia pakai hari ni....

Petang semalam, ku hantarkannya pulang disebalik cermin pejabat, terkial2 dia menolak motor barunya; Lagenda 115Z, tu yang membuatkan aku semakin nak bikin motor buah hatiku yang pertama; Honda Wave 100R upgrade kepada piston dan block racing 125 dengan karb TS/ Wave 125, pakai hicam dan dengan berani aku nak sebat dia kat jalan Bindu.....wakakkakakakkakazzzz

Kalau x pun, ada modal dari pelaburan aku dalam bisness abangnya Apek kat Kudat...aku nak angkat motor baru...Wave Dash....baru larat nak kejor....selain dari Dash, aku ada bertanya dengan anak baba mengenai YAmaha 125Z......motor ni memang x de kompromi kalau bab laju......tapi buah hatiku yang pertama tak kasi...menonggek dan sebab ada klac tangan.....

Mungkin dalam pertimbangan: ULTIMO, CC cantek, dan si dia pun boleh bawak...

Kadang2 dia bawak motor wave 100 (100R kira hi line yang siap disk brake dan hp lebih dalam 2-3 hp dari basic wave) kepunyaan akak dia....(ada 2 satu plate JNQ dan satu plate JNF), kalau dia bawak yang plate JNF, aku saja park kat sebelah motor dia kasik dia bengang......sebab motor buah hatiku yang pertama plate JLF.....

Kalau dia bawak wave 100 tu memang aku berani menyebat dalam keadaan standart......mana taknya, ekzos je dah ekjos 125 (bukan ekjos buluh yeee)....dan enjin motor dalam keadaan yang terbaik (sebab servis dan pomen sendiri macam tikus membaiki labu)......huehuehue...

TApi minah ni bukan calang2 pompuan....bawak motor boleh tahan laju, ada pernah sekali potong kereta Saga Orion aku yang sedang missfire, nak kejor tak larat sebab enjin jalan 2 cyl....

Kejap lagi aku cerita kenapa Saga Orion aku missfire dan jalan macam siput...teringat aku kes zaman Insurgensi dulu, APC Panhard M3 (anak babi) yang jalan 3 cyl sehingga 3 tonne pun boleh potong....